Saturday, November 19, 2011

Kenapa Tidak Dirogol ?

Assalamualaikum


Kisah mengenai seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US.Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang baik.


Pada suatu malam ,sewaktu perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja,dia kebetulan melalui jalan singkat yang tidak banyak orang lalu lalang.Disebabkan malam semakin gelap,berjalan di tempat sebegitu mambuatkan dia agak gelisah dan rasa takut apabila berseorangan.


Tiba - tiba dia ternampak seorang lelaki mat salleh di tepi lorong.Dia mula berasa tidak sedap hati dan takut yang teramat sangat.Ketika itu,dia hanya berdoa kepada - Nya memohon keselamatan ke atas dirinya.Lantas,dia membaca ayat Kursi dan berharap Allah membantu di saaat itu.Sewaktu dia melintasi lelaki itu,dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu.Nasib baik lelaki itu tidak mengendah akan dia dan dia pulang ke rumah dengan selamatnya.


Keesokkan harinya,dia terbaca di dada akhbar bahawa seorang wanita telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali berhampiran dekat lorong yang dilaluinya semalam.Dia amat yakin bahawa lelaki itu adalah lelaki yang dia lihat semlam.Disebabkan rasa tanggungjawab,dia ke balai polis untuk membuat aduan.Dia dapat mengenalpasti suspek sewaktu melalui kawad cam.Selepas siasatan dijalankan,polis dapat membuktikan bahawa lelaki itu adalah perogol yang dicari.


Akan tetapi,dia berasa hairan kenapa lelaki itu tidak menjadikan dia sebagai mangsa walhal dia berseorangan juga ketika itu.Oleh sebab rasa ingin tahu,dia nekad denagn meminta kebenaran pihak polis untuk berjumpa lelaki tersebut sebelum dijatuhi hukuman.


Wanita bertanya . .


"Why don't you do anything to me on that night eventhough you know that i'm alone?"


Perogol pun menjawab . .


No,you are not alone.That night i saw two young man walking with you.One on your right and the other was on your left.If you werw alone of course you will be my victim."


Dia berasa amat terkejut apabila mendengar penjelasan perogol itu.Walau bagaimanapun,dia bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memelihara dia danjuga berkat ayat Kursi yang dia baca.


Moral of the story ?


#1  Kita sebagai hamba - Nya seharusnya menurut segala perintah dan meninggalkan segala larangannya dan pastinya Dia akan sentiasa dekat untuk memlihara kita.
#2  Wanita itu menutup aurat dan menjaga segala batas yang ditetapka dalam Islam.Oleh itu,dua orang lelaki yang menemani dia merupakan malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hamba - Nya yang sentiasa mengingati diri - Nya.


Dari Abdullah bin Amr r.a
"...Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah akan mewakilkan dua orang malaikat memeliharanya sehinggan subuh.Barangsiapa yang membaca ayat Kursi dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya..."


Peringatan untuk diri ni yang sering leka dengan duniawi.




Thanks for reading (:







3 comments:

Iffah Afeefah said...

penah bace

nice one

Cik Cura said...

penah bace juge

nak share boleh?

Nadiah Jahari said...

@Iffah Afeefah
Thanksss (:

@Cik Cura
Boleh .Sila lahh ;)

Post a Comment