Wednesday, December 21, 2011

Kerja Ohh Kerja


Assalamualaikum

Nak cari kerja sekarang ni bukan mudahkan? Nak-nak sekarang ni ramai yang mempunyai tahap pendidikan yang bagus.Masing-masing bersaing untuk merebut peluang yang tak berapa nak ada.Tapi tu lah,ada jugak yang memilih kerja walaupun tahap pendidikan tak seberapa.Apa boleh buat,selera orang lain-lain.Layan jea lah HAHAHA.


Baru dua minggu di rumah,aku mula rasa bosan dan kosong.Aku bayangkan sembilan bulan aku hidup dalam kebosanan dan kekosongan makk aihhh,ini tidak boleh jadi.Memang tak boleh jadi sangattlah.Makanya,semalam aku,Liyana dan Anis pun menjalankan operasi mencari kerja sekitar sini.Penat tu memang penatlah,tapi kerja punya pasal harunggg sahaja.Nak carik parking lagi satu hal.Lastly kami jalan kaki jugak pusing Sungai Besar tercinta HAHAHA.

"Kak,kerja kosong ada?" Ayat ni aku gunakan waktu nak carik kerja sambil memaniskan muka yang tanggg-tang memang penat.Mula-mula nak bertanya tu,sangat-sangatlah malu.Almaklumlah saya ni memang pemalu orangnya HAHAHA.Tapi sebab nak sangat-sangat kerja,terpaksalah menebalkan muka yang comot momot ni.Banyak jugak kedai yang kami masuk untuk bertanya,namun satu pun tarakkk.Mungkin bukan rezeki kami lagi untuk bekerja,takpelah (:

Sedang jari aku ligat menaip bagai nak gila,panggilan telefon menerjah konsentrasi aku untuk menaip.Guess what?Panggilan telefon untuk pergi interview esok.HAHAHA itulah namanya rezeki sambil menaip blog.Baru nak mengeluh tak dapat kerja,tiba-tiba panggilan interview masuk,terus tak jadi nak membebel panjang lebarrr.Okayy fine interview?! Agaknya ada tak ghupee kalutt aku time interview Mascom dulu HAHAHA.Kalau gitulah gayanya,memang taklah untuk aku diterima masuk.Hopefully muka tak semegah aku esok tiada lah.Pray for me and my friend too.


Luaran kelihatan gembira bagai nak rak bukan?Dalam HATI???
 #bersabarlah wahai sayang

Wahai hati?

Sentiasa positifkan diri,tidak jemu berusaha,sentiasa bermohon dan bertawakal kepada-Nya.Insya-Allah kejayaan pasti menghampiri kita.




Thanks for reading (:

No comments:

Post a Comment