Saturday, January 7, 2012

Terkena Sihir?Terkena Buatan Orang?

Assalamualaikum.

Masuk rumah tukang urut aku terlihat seorang makcik duduk di atas kerusi di tengah-tengah ruang tamu.Dalam hati bertanya,kenapa dengan makcik tu?Luaran nampak okay jea?Eh makcik ni mengandung lah?Rupa-rupanya makcik tadi terkena buatan orang.Dia datang rumah urut untuk berubat secara tradisional.And yess dia memang mengandung sambil menderita sakit yang dibuat orang sehingga tak dapat bangun okay?Pity of her.



Ketika aku tinggal di asrama dulu pernah terjadi kes histeria.Walaupun tidak lama,tetapi ia mampu menakutkan seluruh penghuni asrama terutamanya aspuri.Bagi aku,pengalaman bersama orang yang terkena sihir sangatlah mencabar.Mana tidaknya,takut kita yang lemah semangat ni terkena pulak.Peristiwa ni berlaku apabila salah seorang penghuni aspuri mengadu sakit perut.Beberapa minit selepas tu,terdengar jeritan yang sangat kuat sehingga mengejutkan penghuni lain.Aku dan beberapa yang lain berusaha menenangkan si dia yang kelihatan seperti dirasuk.Seriously,it was my first experience dan sangat menyeramkan.Kejadian itu berterusan selama berminggu-minggu dan berakhir setelah pelbagai kaedah dilaksanakan.Alhamdulillah.

Adakah semua yang terjadi ni disebabkan rasa iri hati,dengki atau cemburu kepada orang lain?Dunia ini hanya sementara.Sesungguhnya,Allah lebih mengetahui sesuatu yang terjadi dan akan memberi balasan yang setimpal di atas perbuatannya.

Thanks for reading.

2 comments:

- M A S H - said...

sangat kesian org yang meninggal sebab kena buatan . tapi yg 'mereka' yg buat khianat kat org ni tetap akan di balas walau sebesar zarah sekalipon.

Nadiah Jahari said...

Betul tu (:

Post a Comment